Kamis, 08 Juli 2010

KELEBIHAN AYAT KURSI


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhu dan mengerjakan solat subuh, niscaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan derajatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Sabtu, 03 Juli 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. 
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." 
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati karena risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." 


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" 
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" 
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" 
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pingsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." 

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" 
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." 
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." 

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


Selasa, 22 Juni 2010

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG


Dalam sebuah hadits menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan sholat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang berbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :


· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. 
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerikan. 
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :


· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. 
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.







Kamis, 17 Juni 2010

KISAH PEMUDA BERIBU BAPAK BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawaban, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapak kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapaknya. Ibubapaknya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapaknya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapak yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapaknya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Arti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Minggu, 06 Juni 2010

ADAB KENABIAN DAN AHLAK RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W

PENDIDIKAN ALLAH TA'ALA KEPADA NABI MUHAMMAD S.AW DENGAN ALQUR'AN
Rasulullah s.a.w itu sangat merendahkan diri sekali kepada Allah Ta'ala, merasa sangat kecil dihadapanNya dan senantiasa memohon agar di karunia hiasan kebaikan budi pekerti dan keluhuran ahlak. Dalam doanya belia s.a.w seringkali mengucapkan :
YA ALLAH, BAGUSKANLAH KEJADIAN TUBUHKU DAN BUDI PEKERTIKU.(diriwayatkan oleh Ahmad)
Kerapkali pula beliau s.a.w mengucapkan :
YA ALLAH, JAUHKANLAH DIRIKU DARI AHLAK-AHLAK YANG BURUK. (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Hakim)
ALLAH TA'ALA mengabulkan permohonannya, sebagai penunaian dari FirmanNYA;
"BERDOALAH KAMU SEMUA KEPADA-KU, PASTI KUKABULKAN.SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MERASA SOMBONG TIDAK MAU UNTUK BERDOA MEMUJA AKU, KELAK MEREKA AKAN MASUK NERAKA JAHANAM SECARA HINA DINA"
 (QS.Al Mu'min 60)
Kepada Rasulullah s.a.w diturunkanlah oleh Allah Ta'ala AlQur'an yang sekaligus dengan adabnya sekali.Oleh sebab itu, maka budi pekerti yang dilakukan oleh beliau s.a.w adalah semata-mata pengambilan dari AlQur'an, misalnya ialah firman-firman yang tertera di bawah ini :

1. SUKA MEMAAFKAN, Mengajak kebaikan dan tidak melayani sikap buruk dari orang yang bodoh atau tidak mengerti.
" BERILAH MAAF DAN PERINTAHKAN KEBAIKAN SERTA BIARKANLAH ORANG-ORANG YANG BODOH. (QS. A'RAF 199)
2.MELAKSANAAN KEADILAN, PERBUATAN BAIK, MEMBERI BANTUAN SERTA MELARANG KEKEJIAN, KEMUNGKARAN DAN KEDURHAKAAN.
" SESUNGGUHNYA ALLAH MEMERINTAHKAN SUPAYA BERLAKU ADIL, BERBUAT BAIK DAN MEMBERI (BANTUAN) KEPADA KERABAT DAN MELARANG KEKEJIAN, KEMUNGKARAN SERTA KEDURHAKAAN." (QS. NAHL 90)
3. SELALU BERSIKAP SABAR :
"DAN BERSABARLAH MENGHADAPI APA-APA YANG MENIMPA DIRIMU, SEBAB YANG SEDEMIKIAN ITU TERMASUK PERINTAH YANG SUNGGUH-SUNGGUH." (QS. LUQMAN 17).
4. MEMBERI MAAF DAN KELONGGARAN PADA ORANG YANG BERSALAH.
" MAKA MAAFKANLAH MEREKA SERTA BERILAH KELONGGARAN (ORANG-ORANG YANG BERSALAH SEHINGGA MENEPATI JANJINYA ATAU SURUT DARI KEJAHATANNYA). SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK.
 (QS. MAIDAH 13).
5. MENOLAK KEJAHATAN DENGAN CARA YANG SEBAIK-BAIKNYA
"TOLAKLAH KEJAHATAN ITU DENGAN CARA YANG SEBAIK-BAIKNYA, SEHINGGA ORANG YANG BERMUSUHAN ANTARA ENGKAU DENGAN DIA AKAN MENJADI SEBAGAI KAWAN YANG SETIA. (QS.  SAJDAH 34)
6. MENAHAN KEMARAHAN DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN :
" (ORANG-ORANG YANG BERTAKWA) ADALAH ORANG-ORANG YANG MENAHAN KEMARAHAN, JUGA SELALU MEMAFKAN ORANG-ORANG LAIN." (S. ALI IMRAN 134)
7. JANGAN MENYANGKA YANG TIDAK-TIDAK, JANGAN MENYELIDIKI KEBURUKAN ORANG DAN JANGAN PULA MENGUMPAT:
" JAUHILAH OLEHMU SEBAGIAN BANYAK DARI SANGKAAN-SANGKAAN ITU ADALAH DOSA, JANGAN PULA MENYELIDIKI KEBURUKAN ORANG LAIN DAN JANGAN PULA SEBAGIAN DARI KAMU SEMUA ITU MENGUMPAT SEBAGIANNYA LAGI (QS.HUJURAT 12)


HAL-HAL YANG TERMASUK DALAM KELUHURAN AHLAK :
1. BERGAUL DENGAN BAIK
2. BAGUS MEMPERLAKUKAN ORANG LAIN
3. LUNAK SIKAPNYA
4. MEMBERIKAN BANTUAN UNTUK KEBAJIKAN
5. MEMBERI MAKAN DAN MINUM
6. MERATAKAN SALAM
7. MELIHAT ORANG SAKIT
8. MENGANTARKAN JEZAJAH
9. BAIK DALAM BERTETANGGA BAGI MUSLIM DAN KAFIR
10. MENGHORMATI ORANGTUA YANG MANAPUN
11, SUKA MENDATANGI UNDANGAN MAKAN DLL
12. MENDOAKAN UNTUK KESELAMATAN ORANG
13. MEMBERI PENGAMPUNAN
14. MENDAMAIKAN ORANG YANG BERSELISIH
15. DERMAWAN
16. MULIA HATI
17. SUKA MEMBERI KELONGGARAN DALAM SEGALA HAL
18. MENJAUHI SEMUA YANG DIHARAMKAN
19. TIDAK SUKA MENGUMPAT KEBURUKAN ORANG LAIN,
20.TIDAK BERDUSTA
21. TIDAK KERAS KEPALA  DLL


SEMUA AJARAN BUDI PEKERTI TERCAKUP DALAM SEBUAH AYAT YANG BERBUNYI :
" SESUNGGUHNYA ALLAH MEMERINTAHKAN SUPAYA BERLAKU ADIL, BERBUAT BAIK DAN MEMBERI (BANTUAN) KEPADA KERABAT DAN MELARANG KEKEJIAN, KEMUNGKARAN SERTA KEDURHAKAAN, ALLAH MENASEHATI KAMU, BARANGKALI KAMU SUKA MENGINGAT-INGATNYA. (QS. NAHL 90)










Minggu, 18 April 2010

HADIST MENGENAI WANITA

SAHABATKU ... MARI KITA BELAJAR YUK...

Doa Perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayangnya yang lebih kuat dari pada lelaki, ketika di tanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya. 1.000 kejahatan.


Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


Apabila seseorang melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya)
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekaan anak Nabi Ismail.


Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, ,memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dihendaki.


Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh


Aisyah Ra berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab Rasulullah, " Suaminya," siapa pula yang berhak terhadap lelaki ? " Jawab Rasulullah , " Ibunya."


Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


Wanita yang taat akan suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masukah darimana -mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


Syurga itu dibawah tapak kaki ibu


Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama kau Nabi (SAW) di dalam syurga.


Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

Dari Aisyah Ra, Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu di berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Kamis, 01 April 2010

KHASIAT ASMA UL HUSNA DALAM MEMOHON KETURUNAN


Untuk mendapatkan anak pertama aku mengalami 3x ke guguran, kata dokter kandunganku yang lemah, setelah membaca tentang khasiat Asma Ulhusna kami berusaha dan memohon ridho Allah dengan mengamalkan Asma Ulhusna " Ya Mushawwiru " artinya ialah Yang Membentuk Rupa,
Caranya aku berpuasa 7 hari dimulai dengan hari sabtu, menjelang berbuka siapkan segelas air minum putih dan baca Ya Mushawwiru sebanyak 21 X kemudian minum saat berbuka.

Suamiku juga berpuasa selama 3 hari berturut-turut , dan juga minum air putih ketika berbuka yang sudah dibacakan Ya Mushawwiru sebanyak 21 X.

Dan pada saat memulai hubungan suami istri, setelah membaca doa niat berhubungan baca juga Ya Mushawwiru sebanyak 10 X.

Untuk sehari-hari aku juga minum air kacang hijau dan minum obat fundamin E,
Alhamdulillah berkat Allah SWT setelah berusaha kami berhasil mendapatkan titipan Allah yang kami beri nama : " NISSA DHIYA ULHAQ".

Selama hamil Alhamdulillah akau dapat menghatamkan Alqur'an sebanyak 3x walaupun tidak maksimal semoga Allah meridoi Usaha kami ,Aamiin ya robbal alamin.....